Tarikh
Perkara
Keterangan
15/05/2013PELAJAR TIADA NOMBOR KAD PENGENALAN/NO. SIJIL LAHIRSila import pelajar berkenaan dengan menggunakan utiliti import pelajar secara INDIVIDU. Sistem akan mengimport pelajar berkenaan sekiranya dia mempunyai Nombor Pasport ataupun lain-lain ID.
29/04/2013PK PENTADBIRANSUP boleh menghubungi PPD, JPN ataupun helpdesk SAPS untuk mewujudkan ID pengguna untuk PK Pentadbiran.
27/03/2013Semak Markah BermasalahUtiliti ini dibangunakan bagi memudahkan guru menyemak dan menghapuskan data murid bermasalah didalam table data markah peperiksaan. Terdapat banyak kes guru kelas yang tersilap meletakkan murid ke dalam kelas yang betul dan juga masalah di no.k/p atau sijil murid. Utiliti ini bertujuan menghapuskan data markah yang bertambah didalam satu-satu kelas. Contohnya murid Kelas T4 MURNI mempunyai 30 orang murid, apabila di buat analisis murid Kelas T4 MURNI mempunyai 31 oarang murid. SILA PROSES SEMULA MARKAH JIKA ANDA TELAH MENGHAPUSKAN DATA MARKAH MURID
17/08/2012Kemaskini Nombor Kad Pengenalan MuridSatu utiliti kemaskini nombor kad pengenalan murid telah di sediakan untuk SUP. Ini bagi membetulkan nombor kad pengenalan murid yang salah. Menu ini boleh diakses pada menu Semakan > Kemaskini Nombor Kad Pengenalan. Sila semak terlebih dahulu nombor kad pengenalan yang salah di SAPS dengan nombor kad pengenalan yang betul di APDM sebelum hantar. Nombor kad pengenalan akan ditukar berdasarkan nombor kad pengenalan pada APDM. Cikgu tidak perlu import dari APDM No. KP murid yang hendak ditukarkan. Terus masuk ke dalam utiliti yang disediakan dan Pilih Murid di SAPS dan APDM, klik Hantar.
20/07/2012Semakan Ralat Pilih Kod Mata Pelajaran SMSatu utiliti semakan ralat kod mata pelajaran sekolah menengah telah di sediakan untuk SUP. Ini bagi membetulkan kod mata pelajaran yang telah tersalah pilih oleh Guru Mata Pelajaran sebelum ini. Menu ini boleh diakses pada menu Semakan > Semak Ralat MP. Satu senarai akan dipaparkan untuk P, T2, T3, T4 dan T5 sekiranya terdapat ralat dan SUP hanya perlu klik pada butang Ubahsuai untuk menukar kepada kod yang betul. Sila semak terlebih dahulu kod mata pelajaran yang salah dengan kod mata pelajaran yang betul sebelum mengemaskini. Setelah selesai semua proses kemaskini, SUP perlulah melakukan Proses Markah Peperiksaan semula tingkatan yang terlibat bagi mendapatkan statistik yang betul.
04/07/2012Analisis Pencapaian Pelajar Mengikut SubjekAnalisis ini boleh dicapai pada menu SUP. Analisis Peperiksaan > Analisis MP Pelajar
02/07/2012ANALISIS MATA PELAJARAN PJK dan SIVIK TINGKATAN 4 & 5Sila proses semula markah untuk T4 dan T5 untuk mendapatkan analisis PJK dan SIVIK.
06/04/2012RALAT PROSES MARKAH PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAHSUP yang telah memproses markah peperiksaan pada 06-04-2012 sebelum pukul 4.00 petang, sila proses semula markah peperiksaan untuk kelas Peralihan, T2 dan T3. Ini adalah untuk membetulkan semula kedudukan pelajar di dalam kelas dan tingkatan dengan kedudukan yang betul.
02/04/2012MENGEMASKINI MAKLUMAT MURIDProses mengemaskini maklumat pelajar seperti NAMA,AGAMA,JANTINA,KAUM tidak perlu dihapuskan terlebih dahulu pelajar berkenaan di SAPS. Hanya perlu klik Import untuk mengemaskini maklumat-maklumat berkenaan.
Ini bagi mengelakkan pelajar yang menggunakan No Sijil Lahir dan sudah dimasukkan markah peperiksaan dan apabila dihapuskan dan di Import, ia akan menggunakan No. KP sebagai unik ID sekiranya di APDM terdapat kedua-duanya (NO KP dan NO SIJIL LAHIR).
Oleh itu ia akan menyebabkan markah peperiksaan Guru MP akan berstatus MERAH dan Guru MP perlu memasukkan markah semula untuk pelajar yang terlibat.
22/03/2012MARKAH PEPERIKSAAN DAN MARKAH TOV TIDAK SAMABagi guru-guru yang menghadapi masalah markah pelajar melebihi senarai pelajar bagi sesebuah kelas, apa yang perlu dilakukan ialah dengan menghapuskan markah yang bermasalah. Di sebelah lajur EDIT MARKAH akan terpapar gambar berwarna kuning. Klik pada gambar tersebut untuk menghapuskan markah bermasalah.

Sekiranya menghadapi masalah bilangan pelajar tidak sama dengan bilangan TOV. Terdapat fungsi untuk menghapuskan TOV tersebut. Klik pada ikon tong sampah pada lajur HAPUS TOV/ETR YANG BERMASALAH. Satu paparan senarai TOV yang bermasalah akan disenaraikan dan cikgu boleh hapuskan senarai tersebut.
14/03/2012IMPORT DATA PELAJAR DARI APDM KE SAPS.1.Proses import boleh dilakukan melalui 4 cara iaitu
  • import keseluruhan sekolah.
  • import keseluruhan tingkatan/darjah
  • import keseluruhan kelas
  • import individu
  • 2.Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir, sistem SAPS tidak dapat menyimpan data pelajar berkenaan.
    3.Sekiranya jumlah pelajar dalam kelas dalam SAPS tidak sama dengan APDM, sila import secara individu.
    4.Hapuskan pelajar yang bukan berada dalam kelas yang berkenaan.
    5. Sila semak No. Kad Pengenalan/ No. Sijil Lahir bagi mengelakkan kesilapan.
    6. Untuk mengemaskini maklumat pelajar seperti nama,agama,jantina, sila import pelajar berkenaan semula.
    7. SUP juga perlu import data guru kelas di menu IMPORT DATA APDM > Senarai Kelas dan Guru Kelas.
    8. Sekiranya senarai pelajar bagi subjek Pendidikan Islam/Pendidikan Moral tidak mencukupi, sila kemaskini semula kod agama pelajar yang terlibat di APDM dan import semula pelajar tersebut di SAPS.
    06/12/2011GPMP SR BPSH (NASIONAL)Laporan GPMP Sekolah Rendah mengikut keperluan BPSH peringkat nasional. Data boleh dijana mengikut jenis sekolah dan darjah.
    05/12/2011GPMP BPSH SR Untuk JPNLaporan GPMP Sekolah Rendah mengikut keperluan BPSH mengikut negeri. Data boleh dijana mengikut jenis sekolah dan darjah.
    02/12/2011Kemudahan download data peperiksaan (Sekolah, PPD dan JPN)Sekolah, PPD dan JPN boleh download data markah murid mengikut Jenis Sekolah, Tingkatan/Darjah dan Jenis Peperiksaan. Data di export ke dalam csv file.
    27/10/2011Peratus lulus & gagal di menu JPN,PPD dan KPPMPeratus lulus & gagal di menu JPN,PPD dan KPPM telah diwujudkan.
    21/10/2011JPN - Near Miss CemerlangKiraan jumlah pelajar yang dikategorikan ke dalam Near Miss di peringkat JPN telah dibaiki. Sila buat semakan.
    21/10/2011ANALISIS MP TINGKATAN untuk JPN

    Analisis mp tingkatan telah diwujudkan di JPN. Sila buat semakan.

    20/10/2011PPD - NEAR MISS

    Kiraan jumlah pelajar yang dikategorikan ke dalam Near Miss telah dibaiki. Sila buat semakan.

    20/10/2011SUP dan Guru Kelas - Simpan Slip Keputusan ke ExcelKemudahan untuk menyimpan (export) slip keputusan ke dalam telah diaktifkan. Sila semak.
    18/10/2011KESILAPAN KIRAAN KDK - SUDAH DIBAIKIMana-mana sekolah (KELAS) yang mempunyai masalah dari segi turutan KDK, sila klik semula PROSES MARKAH PEPERIKSAAN. Sistem akan menjana semula KDK.
    14/10/2011PPD dan JPN - GP MATA PELAJARANKemudahan untuk PPD dan JPN mengetahui GP MATA PELAJARAN terkini semua sekolah dibawah PPD dan JPN masing-masing telah diaktifkan. Sila buat semakan dan buat aduan sekiranya terdapat kesilapan kiraan.
    14/10/2011SUP/PPD/JPN - Eksport data peperiksaan sekolah, PPD dan JPNKemudahan eksport data peperiksaan untuk Sekolah, PPD dan JPN telah diaktifkan. Di sekolah, hanya SUP boleh akses menu ini. Kepada PPD dan JPN, SILA EKSPORT DATA DILUAR WAKTU PUNCAK. PROSES EKSPORT AGAK LAMBAT UNTUK PPD DAN JPN.
    13/10/2011Create ID Pengguna untuk pegawai di PPD dan JPNPenyelaras SAPS JPN dan PPD boleh mewujudkan ID Pengguna bagi pegawai-pegawai di peringkat JPN dan PPD. Kemudahan ini boleh dibuat melalui menu Kemudahan -> Senarai Pengguna -> Tambah Pengguna (level JPN/PPD SAHAJA).
    13/10/2011Data TOV hilang - sudah diatasi.Pihak Admin SAPS telah mengenalpasti beberapa punca kehilangan data TOV yang telah didaftarkan. Langkah-langkah penambahbaikan telah diambil. Harap pihak Guru MP dapat mendaftarkan semula data TOV yang hilang. Mohon kemaafan atas segala kesulitan.
    06/10/2011PPD dan JPN - Pemantauan GPS terkiniKemudahan untuk PPD dan JPN mengetahui GPS terkini semua sekolah dibawah PPD dan JPN masing-masing telah diaktifkan. Sila buat semakan dan buat aduan sekiranya terdapat kesilapan kiraan.
    06/10/2011PPD DAN JPN - Analisis Pencapaian Mata PelajaranLaporan analisis pencapaian mata pelajaran untuk PPD dan JPN telah dibaiki mengikut format yang dipaparkan di sekolah.
    28/09/2011Laporan Baru untuk sekolah: Pencapaian Keseluruhan Pelajar untuk SR dan MR, Near Miss dan Analisis Mata PelajaranPencapaian Keseluruhan Pelajar untuk SR dan MR, Near Miss dan Analisis Mata Pelajaran
    23/09/2011Semakan Ibu Bapa (Masih dalam tempoh percubaan)Semakan Ibu Bapa (Masih dalam tempoh percubaan)
    12/09/2011Laporan Untuk BPSH (GPS UPSR)Laporan Untuk BPSH (GPS UPSR)
    22/08/2011Perubahan Muka hadapanPerubahan pada muka hadapan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
    SILA GUNAKAN IE8, GOOGLE CHROME DAN MOZILLA 3 KEATAS SAHAJA. APLIKASI SAPS TIDAK DIUJI MENGGUNAKAN SAFARI DAN OPERA. Best View Screen Resolution 1280 x 1024